Sunday, July 17, 2011
Sunday, July 3, 2011
belasungkawa
Sighh. Benda ni sangat susah bagi aku. Susah aku nak menulis benda ni. Tujuan aku menulis benda ni pun aku tak pasti. Ya, aku masih lagi tak ok. Somehow aku pelik dengan kehidupan aku. Dari kecik aku dah kena terima ujian dan dugaan yang maha besar untuk budak usia 10 tahun. Aku ingat lagi aku kena herdik, kena halau dari kelas sebab aku buat bising dengan member aku. Sedangkan member aku tak kena apa-apa. Semuanya berkait dengan family aku. Aku pelik macam mana ustaz yang ayat al-quran dah jadi makanan dia boleh buat aku macam tu. Sebab benda lain yang tak berkait dengan salah aku, aku kena macam tu. Balik aku jalan kaki sampai rumah , air mata tak berhenti keluar. Ya, aku mudah menangis. Dekat dua tahun, aku kena terima ejekan, cacian dari member dan orang sekeliling. Dekat dua tahun aku senang sangat menangis.
Itu sedekad dah. Aku tetap tak boleh lupa. Dah memang aku jenis yang ingat semua yang berlaku pada aku. Bad or good. Sekarang aku kena terima dugaan, ujian, cubaan , entah apa tah namanya lagi. Haha, funny!
Kau perkara yang terbaik dan terindah yang Tuhan pernah bagi dekat aku. Sekarang tiba-tiba perkara yang terbaik dalam hidup aku kena tarik. Tiba-tiba. Aku masih lagi bingung pikir benda ni. Aku tak tahu dari mana kau dapat kekuatan untuk cakap the five words instead of three words yang kau selalu cakap aku harapkan. Aku tak tahu. Tapi aku tak salahkan kau. Bagi aku, semua yang berlaku bukan salah kau. Kau lemah, kau cepat keliru. Bila kau kena buat pilihan , kau akan tertekan. Itu aku tahu. Aku sangat tahu kau. Aku tak pernah salahkan kau. Kau kena buat pilihan. Pilihan yang terbaik untuk kau. Dan aku tak ada hak sebab itu pilihan kau. Aku tak boleh paksa. Kalau kau pilih untuk tidak bertango lagi dengan aku, apa aku boleh buat? It takes two to tango. Aku tak boleh nak bertango sendirian sedangkan kau nak bersalsa. Itu reality. Memang reality tu sakit bagi aku. Tapi aku kena terima. Kena telan. Aku masih lagi tak percaya. Tapi nak buat macam mana. Aku kena telan. Memang sakit, but i have to. Bayangkan aku kena telan kulit durian gred D24 instead of buah dia yang lemak manis. Aku tak tahu nak buat apa. Dua minggu aku makan tak betul. Aku makan sebab nak jaga hati mak aku yang penat masak. Kalau dulu aku makan nasi dua pinggan sehari. Sekarang segenggam sehari. Kalau dulu aku bayangkan kau nyanyi untuk tidurkan aku, sekarang aku kena tengok Chuck dekat laptop banyak kali supaya aku tertidur depan laptop even aku dah khatam banyak kali. Aku susah sangat nak tidur sebab otak aku masih pikir benda ni. Bila aku terbangun, benda ni terus dalam otak aku. Macam dah diset. Bila aku bukak mata, aku kena terima yang kau dah tak bertango dengan aku, tapi bersalsa dengan orang lain. Ianya memang susah, tapi nak buat macam mana. Aku kena telan benda ni semua.
Somehow aku dapat rasakan ini salah aku. Aku tak ada dekat dengan kau, aku tak dapat bagi sparks pada kau. Aku minta maaf. Aku rasa aku sangat bodoh. Cuba kau bayangkan. Kalau aku ikut cakap kau lepas dapat result spm, daftar dekat tempat belajar yang sama dengan kau. Aku akan dekat dengan kau. Kalau tak belajar tempat sama pun, belajar dekat area-area tengah instead of Penang negeri nasi kandar. Nanti aku akan dekat dengan kau di eropah sana. Bila aku dekat dengan kau, aku boleh give a spark bila mana kau jemu tengok aku. Aku rasa jauh pun boleh. Tapi aku tak dapat reach kau. Aku hanya sekali dapat talipon kau. Lepas tu memanjang suara operator bahasa yang aku tak faham. Kalaulah aku faham bahasanya, aku dapat reach kau. Salah aku. Aku habiskan top up RM10 untuk dengar suara operator dalam masa sejam. Aku cuba banyak kali. Tapi aku gagal nak hubungi kau.
Kalau aku belikan Blackberry untuk kau sebagai hadiah kau. At least kau dan aku dapat berhubung. Member aku yang suruh aku belikan BB. Tapi aku masa tu dah sengkek sangat. Alah, boleh sangat kalau aku nak beli, duit saving aku ada. Boleh top up duit biasiswa aku. Setakat makan dekat penang ni tak lah mahal mana. Budak rumah sewa aku dulu relax je beli nasi bungkus tapi boleh buat makan siang dengan makan malam.
Kau ingat lagi masa aku marah-marah bila engkau keluar dengan member beli barang berdua? Aku bukan betul-betul marah. Aku takut. Aku takut kau hilang lagi. Aku percaya kau cakap dia tak lebih dari kawan. Tapi aku still takut. Kau dan dia sangat mesra. Dan bila aku nak menyalak dekat member kau macam lelaki lain selalu buat bila someone try to get closer with his girl, aku piker balik nak buat apa aku buat benda bodoh tu kan? Bila aku cakap aku percaya kau, aku betul-betul percaya kau. Completely. So, there is no need aku nak menyalak dekat dia macam Beckham salahkan bumi bila sepak penalty tak masuk dalam gol. Tapi aku percaya kau. Aku positif, at least ada orang yang tengok-tengok kau bila kau dah dekat eropah. Ah, aku memang selalu jauh dengan kau. Aku tak faham kenapa aku mesti berjauhan dengan kau. Aku minta maaf. Aku berada di ruang dan masa yang salah. Bila mana dia kerap contact kau bila kau keluar dengan aku, aku dah mula tak kesah. Sebab aku percaya kau cakap dia hanya kawan. Kawan yang selalu support kau. Aku tak kesah kau berkawan rapat dengan lelaki sebab itu hidup kau. Aku tak nak kawal kau. Instead aku kawal kau, better aku letak 100 peratus kepercayaan aku dekat kau. Memang itu yang aku buat. Lagipun budak perempuan dekat tempat kau buat foundation tu pun selalu sakitkan hati kau. Selalu buat kau sedih. So aku faham. Dan aku percaya. Dan aku tak nak halang kau berkawan dengan siapa sebab aku kenal kau macam mana. Kau takkan betray aku. Aku ingat lagi kejadian di airport. Dalam 30 minit sebelum kau kena masuk dekat departure hall. Betapa bodohnya aku waktu tu. Kau dah nak pergi pun aku masih nak bermasam muka dan marah sebab mesej tu. Aku harap dia hanya bergurau dengan mesej tu. Kalau betul pun, aku masih nak anggap dia bergurau. Masa tu aku tak tahu aku rasa apa. Marah , geram, cemburu. Aku pun tak tahu. Tapi aku percaya kau. Aku pegang kata-kata kau. Aku akui, aku gagal bagi sparks yang kau harapkan. Aku tahu, without sparks, relationship akan jadi kelam, kelabu asap, lame, you name it. Tapi aku sentiasa percaya. Aku selalu cakap dekat diri sendiri yang kau masih sayangkan aku bila aku tak tentu arah dekat Penang. Dan aku keep saying that three words yang aku selalu bagi dekat kau tu betul-betul. Bukan hanya kalimah stereotype yang selalu orang dalam relation akan sebut. Bagi aku those three words untuk kau tu for no reason. Bukan sebab kau cantik, lawa, caring and what so ever. Kalau sebab cantik, berat badan kau sekarang dah naik nak sama dengan aku. Aku tak ambil pusing. Kau pernah biarkan aku melangut tunggu kau dan aku tak ambil pusing hal tu. For me, true love comes when there is no reason at all. Entah. Tu bagi aku. Bagi someone loser macam aku. Pandangan aku.
And even you both nampak happy dan mesra dekat sana. Aku keep believe apa yang kau cakap. Aku percaya yang kau hanya kawan dan tak melibatkan perasaan. Tak lebih dari kawan langsung. Dan kau pun cakap, nanti rasa tak best bila kawan jadi bertango bersama. Dan aku percaya. Bila kawan-kawan kau yang lain kenen-kenenkan kau dengan dia even tahu kau dah ada boyfriend, aku masih percaya kau berdua walupun aku cemburu tahap kena lenyek dengan BMW X6.
When ‘us’ become dull. i tried to light up it back. But i failed. Biasalah, loser memang macam ni. I thought being loyal is enough. I was wrong. Semua yang aku buat selama ni, aku Cuma express perasaan aku. Aku tak pernah impress kau. aku ingat tu dah cukup. I should do more. Aku gagal bagi kau spark yang kau harap-harapkan. Walaupun aku cuba, tapi aku tak dapat. Nak buat macam mana. Dah memang loser ditakdirkan begitu , sentiasa hilanag apa yang pernah jadi miliknya. Aku bukan tak cuba. I want to be by your side. But i am not capable to do so. And even aku tracking kau guna alam maya. Pun aku tak dapat. Aku tak faham bahasa operator sana. Kau takkan dapat jumpa ‘spark’ yang kau kata kau cari bilamana ada someone yang buat kau selalu tersenyum selain aku. Jelas dan nyata spark tu tiada. Kau takkan jumpa sebab kukuh untuk terus memandu perodua bila bmw ada di depan mata. Orang Malaysia takkan memilih untuk berkembara dengan perodua yang serba serbi kurang berbanding bmw yang sofistikated malah sentiasa ada di depan mata. Dan tak ada sebab untuk orang menunggu perodua yang serapuh tin sardine bila bmw lebih teguh dan fancy. Bila bmw lebih buatkan hari-hari pemandunya lebih ceria. There is no exact reason for people to put a hope on perodua. Dan bila ciri-ciri bmw dicari di perodua, hamper mustahil untuk dijumpai.
Maafkan aku. Semuanya salah aku. Aku tak boleh nak salahkan kau. Aku tak nak salahkan kau. Aku letakkan puncanya ialah aku. Aku cuba semua. Tapi aku tak boleh kawal perasaan dan keinginan kau. Dia bagi kau sparks and i gave you nothing. Dia sentiasa ada depan mata kau, aku? Keep expressing my stupid feeling. Aku gagal nak buat kau untuk terus simpan those three words untuk aku. Aku tak boleh kawal perasaan. Aku manusia biasa. Entah. Aku masih tak percaya yang benda ni terjadi. Benda yang paling aku takut. Aku tak nak percaya. Tapi aku terpaksa percaya. Kau harap aku faham. Tapi aku tak faham apa-apa. Aku tak boleh nak faham. Tapi aku terpaksa faham. Macam aku cakap tadi. Aku tak nak telan kulit durian. Dan aku tak boleh telan. Tapi jika aku terpaksa telan, aku terpaksalah telan.
Aku berdoa bila lepas sembahyang. Biar hubungan kita ni kekal. Hati masing masing kuat. Tapi nak buat macam mana, doa aku tak sampai. Ah, aku sembahyang pun tak penuh, nak buat macam mana. Bila orang sekeliling aku cakap ada hikmah. Ada hikmah. Aku tak faham . orang-orang ni cakap macam tu sekadar nak memujuk aku or what. Hikmah bila aku selesa pakai jeans aku yang sebelum ni ketat tahap 16. Macam tu ke. Aku masih lagi terkejut bila aku kena terima benda ni. Bila aku dalam kereta, aku tertunggu bila lori balak nak rempuh aku? Bila aku nak terlelap, aku berharap lepas tu aku dah tak perlukan oksigen. Tapi aku terbangun jugak.
Aku pernah berhajat nak bawak kau cuti dekat rumah mak bapak aku. Percutian tebu dan air kelapa yang kedua buat kau. Aku nak buat kau senyum sebab aku. Sebelum ni yang kau senyum bila dengan aku. Aku harap sangat semua tu sebab aku. Aku harap sangat those three words yang kau kalimahkan tu betul. Aku percaya dekat kau. Kalau harapan aku salah pun, at least kepercayaan aku cakap yang benda tu semua betul. Aku tak tahu bila aku nak keluar dari kepompong ni. Aku tak nak keluar pun. Aku tak nak khianati kau. Aku pernah janji dengan kau.
Aku bukan mintak simpati kau dengan tulis benda ni. Kau Nampak gembira dekat sana, which is good. Aku mintak maaf kalau kau rasa aku dah bazirkan masa kau. Aku sangat mintak maaf. Buat apa kau menungggu sesuatu yang tak pasti dan kualiti diragui macam aku sedangkan kau ada kebahagiaan depan mata. Aku tak pernah salahkan kau. Kau percaya dengan aku. Kau ada alasan sendiri. Aku kena faham. Walaupun aku tak faham. Aku masih lagi bingung dengan benda yang menimpa aku. Aku tak pernah sekalipun salahkan kau sebab kau perkara yang terindah yang tuhan pernah bagi dalam hidup aku. Aku cuma tak faham kenapa benda ni berlaku dan macam mana benda ni berlaku. Bila kau ada dalam hidup aku, aku highly motivated. Aku boleh buat benda yang aku rasa aku tak boleh buat. Result aku makin ok. Aku ke kelas dengan motivasi yang tinggi. Aku bangun pagi dengan senyum. Aku menghafal nama ubat sebab masa depan dania. Hahahahahaha. Kehidupan aku lawak.kan? Aku memang boleh happy buat sementara je ke Tuhan? Aku harap kau tak kan annoyed bila kau baca benda ni.
Dan aku hanya bercakap dengan en. Mohtar. Supervisor department pharmacy tdm tempat aku praktikal, aku hanya bukak mulut untuk bertanya pasal kerja. Aku hanya bukak mulut bila order makanan dekat kafe hospital. Bukak mulut bila nak bayar minyak dengan mapleydekat Shell taman johor jaya. Bukak mulut bila aku menyumpah jalan jem masa balik kerja. Dan aku hanya bukak mulut bila nak sembahyang bila aku dekat rumah sewa. 180 degrees changes. And sometimes bila ada benda yang buat aku tergelak. I stop laughing. I stop smiling. For me, it felt wrong to be happy. It felt wrong to not to think about it. It felt wrong to eat well. It is so hard.
Subscribe to:
Posts (Atom)