Friday, December 28, 2012

Sergah

Hoi.

Lama tak masuk sini, jangan-jangan jin dah beranak pinak.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, April 13, 2012

.....

15th April 1989- hillsborough tragedy in memory.

Justice for the 96.

ŸNWA


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, April 6, 2012

Dendam Cerekerama Melayu dan Kompoun Parking

Lama aku perhatikan, banyak cerekerama- cerekerama melayu di televisyen ada menyelitkan unsur dendam dalam masyarakat. Baik berdendam sebab tak dapat tender yang harganya puluhan juta membawa ke dendam sebab perempuan yang dipaksa untuk dijadikan isteri dah ada kekasih yabg berbasikal fixie. Bila la  cerita dendam sebab kompoun parking nak dijadikan tema cerekarama tak pula aku tahu. Kalau ada, memang aku sokong 100 peratus.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, February 29, 2012

Puisi Lembu

Laughing all he can all he wants

To keep tears from falling down

He is the man living in the past

Wishing to rewind the tape

To kill all thoughts that revolves


Cursing the fate,

Cursing the coldness

Cursing his libido

Cursing others

Because thats all he can do


Giving up

Giving in

Cursing the time


Because he, the man that living in the past

Selling a soul for an auction

Crying with the sound of laugh

Because he, the man that living in the past


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, February 16, 2012

Tajuk Mancis

Boleh tahan senggama juga kawan aku punya jenama mancis ni. Aku syak kalau budak-budak main mancis ni, peluang untuk kejadian rumah terbakar yang kita selalu dengar mungkin berkurang.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, February 13, 2012

14 Februari dan signifikasi kepada aku

Hari ni adalah hari kemenangan buat aku sebab berjaya menghantar kerja yang aku tangguh selama beberapa hari tanpa sekelumit perasaan bersalah. Semangat 14/2 barangkali.


Argh sudah. Sudah pukul satu petang. Tiba masa untuk sambung banting tulang. Harapnya kerja aku kejap lagi dipenuhi kasih sayang.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, February 9, 2012

Susur galur papan selaju Simpang Waha #2

   Nak disesuaikan dengan tajuk susur galur, ada baiknya kalau dikemburkan semula sejarah bagaimana kesenian “papan selaju “ boleh menapak di Waha. Kalau diikutkan ingatan  aku yang masih jelas walaupun kerap makan bawang besar dan menonton kaki gadis Jepun, seni “papan selaju” ni dibawa masuk oleh Che’ Mat. Bab nama awalan Che’ di depan nama beliau tu aku tak berapa pasti. Mungkin susur galur beliau dari negeri yang terkenal dengan bumbung stadiumnya yang runtuh. Mungkin juga beliau ada susur galur Che’ Guevera, siapa tahu.

   Semasa aku bersekolah agama disebelah petang ( sebelah pagi aku bersekolah rendah darjah 6, pakai seluar getah) , selalu juga aku perhati Che’ Mat dengan Amir Sahar meluncur dan merebahkan badan (akibat tergolek) di perkarangan surau. Kebetulan kelas yang aku mentelaah ilmu tauhid serta ilmu munakahat bertentangan dengan perkarangan surau, maka logiknya aku dapat tengok dengan jelas permainan dua orang kutu terbabit. Amat jelas sekali, sampaikan label “amaran oleh kerajaan Malaysia” atas kotak rokok Che’ Mat pun aku dapat baca. Bila aku fikir balik, bersyukur juga aku kehadrat Tuhan sebab ustaz yang mengajar aku ilmu tauhid tak perasan gelagat aku yang kerap kali menelengkan kepala kea rah perkarangan surau. Kalau tidak mungkin kening aku masih berparut sehingga sekarang lantaran lontaran pemadam papan hitam oleh ustaz aku. Beliau menunggang motor Yamaha kap 80cc masa itu, sekarang aku tak berapa pasti. Mungkin Ducati Monster.

     Biasanya lepas aku sembahyang maghrib yang durasinya agak pantas ala-ala larian Watson Nyambek ketika itu, aku akan menonton berita. Sebenarnya lebih kepada turut serta ayah aku yang menonton. Oh silap, sebelum berita aku akan tonton Storm Rider , jadi agak logik kenapa durasi sembahyang maghrib aku pantas ala larian pemecut kelahiran Sarawak tersebut. Semasa siaran berita memunculkan diri di kaca tivi, aku lebih terbayangkan aksi Che’ Mat dan Amir Sahar dengan papan selaju di perkarangan surau. Fenomena ini berlanjutan agak lama.