Thursday, April 28, 2011

one and only


awak mungkin jenis perempuan yg boleh menyintai ramai lelaki berkali-kali,tapi saya pula seorang lelaki yg percaya bahawa dalam hidup saya cuma ada satu cinta,satu wanita dan satu perkahwinan...


     Status member aku 8 jam yang lalu masa aku meraban dekat alam maya ni. I am strongly agree with him. Dalam aku hidup dalam dunia yang kadang-kadang sangat indah dan kadang kadang cilake. Kadang-kadang. Sejak dari aku diberanak, disunatkan dan dimomokkan dengan email satu malaysia, aku hanya menyintai seorang wanita. Bila aku pikir balik, tak trendy betul. Ini zaman facebook, zaman twitter. Kenalah tukar-tukar awek. Kepala bana. Somehow aku rasa cinta ini sucks. Nak bercinta kau kena ada disiplin, kau kena ada komitmen, kau kena ada tanggungjawab, kau kena pandai jaga hati pasangan kau, kau tak boleh main ikut sedap kau. Kadang kadang kau akan gembira, kadang kadang kau akan rasa sangat cilake dan mahu pacuan empat roda datang melenyek kau sampai mati. Member aku yang update status di atas telah didump oleh aweknya dekat setahun. Dia orang average , awek dia orang kaya. Awek dia busted bersenggama dengan lelaki lain. For me, itu benar-benar cilake. Bila kau kali pertama letakkan wanita sebagai nombor satu dalam hati kau, then it end up like that. Itu cilake. Kali ini cilake. Member aku tulis macam-macam status mengarut dekat facebook, dan aku rasa itu untuk tarik perhatian bekas awek dia yang bersenggama dengan jantan lain. Status yang ditulis untuk menunjukkan bertapa seksa, sengsara dan how fucked he was. Ianya memang menjengkelkan, tapi aku rasa dia tiada pilihan. Dan aku rasa jika aku adalah dia, aku pun jadi begitu malah aku akan figure out how i can diminish myself. The fact is some of us are meant to suffer. Dalam keadaan member aku, walau dia sumbat peluru dalam hemisfera otak kanan sekalipun, keadaan tak akan jadi macam dulu.Walaupun dia nak buat bekas awek dia rasa bersalah ggila babi sampai bertukar menjadi lembu tiada kaki, ianya tak akan jadi.  Bulan pertama, yes mungkin awek member aku akan  rasa bersalah. Bulan kedua mungkin dia akan rasa bersalah. Tapi bila masa berlalu dan berlalu, then awek dia recover then peluru yang disumbat dalam hemisfera otak member aku tadi tak ada makna. The time passed by dan aku dengar tak lama lagi bekas awek dia nak bertunang dengan pasangan senggamanya. Member aku ok lagi dan seperti biasa macam tiada apa apa masalah, jauh dalam hati dia macam aku cakap- penuh dengan kecilakean. Dia sangat setia. Bila aku baca status member aku, macam aku bercakap depan cermin. reflect. When it comes to love, I handle it seriously. Yeah, aku meletakkan perempuan yang aku sayang tempat nombor satu dalam hati aku. Bila kau letakkan cinta adalah segala-galanya dalam hidup kau, dan bila mana perhubungan itu gagal, satu dunia ni macam menghempap dada kau. Which means, sangat bahaya. Aku rasa itu yang buatkan aku macam mahu duduk tengah jalan dan dilanggar lori tayar 16 sampai aku mati bila aku ada masalah yang sebesar Ultraman dalam bercinta. Hey, Who cares? Thats me. Aku tak ada spotrim Advan original, aku tak ada 16k yang boleh buat perempuan yang aku cinta,sayang,payung, sentiasa tersenyum dan bahagia. Aku tak ada tiket penerbangan pergi balik ke paris. Aku tak ada rambut macam artis-artis korea yang awek aku minat. The only thing i got is LOYALTY. Itu yang aku ada. Itu sahaja. Dan merujuk situasi member aku, aku meletakkan permpuan yang aku sayang sebagai nombor satu, dan jikalau kali ini hubungan ini gagal, aku tak tahu apa akan jadi dengan aku. Member aku hanya mencari sedikit perhatian bekas aweknya. Dan statusnya bagaikan cermin dekat depan aku.

"there is a difference between sacrifice and committing suicide. you are martyr if your death is meaningful for your love and you are committing suicide you die for someone that never love you at all"

Fitrah

Lelaki sejati adalah lelaki setia.

Tuesday, April 26, 2011

"Maaf"

      Minggu dulu  aku jalan kaki nak pergi rumah member aku. Dalam perjalanan aku kesana, aku beli keropok lekor dengan pisang goreng sama air limau asam boi bungkus. Aku beli keropok lekor rm2 dengan pisang goreng rm2.Air limau asam boi aku order yang ikat semua punya, jadi tak boleh minum sambil jalan. Aku lalu dekat playground, ada budak budak kecik bilis tengah main jongkat jongkit. Diorang memecut satu lapan dekat aku, pow aku punya keropok. Aku steady lagi, aku bagi sorang satu. Aku masuk kawasan diorang, kena buat baik beb. 2 hari lepas aku beli keropok lagi. Kali ni aku tak beli pisang goreng. Aku beli keropok rm2. Kali ni aku beli guna syiling. lama juga aku korek korek itu syiling. Aku tak makan sambil jalan, bila nak sampai dekat playground, hati aku dah dup dap dup dap. Nervous, aku intai jonkat jongkit dekat situ, ada budak, damn dalam hatiku. Aku mula panik, langkah aku kemaskan, aku pasan kuda kuda.Bersiap nak pecut macam bawak integra naik jalan genting. Diorang ada teriak pangil "abang". Banyak kali jugak lah. Celaka, pasal apa aku yang seriau ni? Aku buat buat tuli, aku naik tangga, sampai tingkat empat, aku henjut keropok tu sambil tengok orang main takraw. Aku tengok balik budak-budak tu. Aku senyum sinis. Tapi dahi aku berpeluh. Kalau "maaf baki anda tidak mencukupi untuk proses pengeluaran " tak terpamer di skrin ATM bank Islam tu, aku bagi  keropok sebatang dekat diorang. Kongsi-kongsi sebatang lah tapi.

Saturday, April 23, 2011

kah kah kah

Masa aku darjah enam tahun 2003 dulu, aku pergi sekolah kena bawak baju t-shirt rumah panglima setiap hari selasa. Dulu aku main bola kerumun-kerumun tak payah warm-up. Lepas main bola cikgu suruh tukar baju dalam setor. Macam setan peluh-peluh pakai baju sekolah, main ngintai ngintai member member, tak payah nak mandi mandi, main redah je pakai baju sekolah. Masuk kelas terus belajar, macam cilake main kira kira dengan cikgu Sehat badan berpeluh-peluh.Dulu pukul 9.30 je aku dah cuak. Takut nasi lemak habis dekat kantin Cik Intan. Dulu aku bedal semua makanan dekat kantin, balik aku makan lapan belas pinggan nasik mak aku masak, petang sekolah agama aku makan keropok lekor selalu.Pergi nail beskal, kalau ada abang aku, aku suruh mak aku paksa abang aku hantar. Balik jalan kaki. Dulu kantin boleh jual jajan, nasi lemak dengan lontong. Aku tak obesiti sampai sekarang. Member aku budak terengganu makan macam orang masuk hantu, keding tak obesiti macam Rahman Junaidi-budak darjah enam tahun 2011. Siapa suruh cikgu besar kau ganti matapelajaran peluh-peluh dengan buat latihan matematik. Dah tak dapat merasa nasi lemak masa rehat.  Kah Kah Kah.

Sunday, April 17, 2011

Sang Algojo #1

Dalam kepala otak aku ada tiga parts yang untuk perempuan@ female@hawa.whatever orang panggil golongan ni. pertama, mak aku.seconly is awek aku, thirdly perempuan kategori artis, recently is lisa surihani.
Cinta pertama aku masa aku sekolah rendah, azlin. ahh, shit. Itu bukan cinta, itu hanyalah perasaan budak baru nak naik, budak yang baru nak dipotong lebihan kulit di alat genitalnya. Cinta yang melibatkan seluruh sistem badan aku masa aku dihumban ke dalam sekolah berasrama. -INA-

Tiada apa yang seronok bila budak kampung macam aku, yang hari- hari bermain dengan paya, berlumuran dengan ikan, bermain guli instead of internet masuk ke sekolah asrama. Di sekolah asrama takde semua tu. Dan skateboard. Aku dapat rasakan bahawa satu- satunya benda yang menghalang aku dari menjadi the next Ali Boulala is boarding school. Di asrama aku tiada rail, atau paling taik sekalipun secebis funbox. Di asrama aku boleh kira berapa kali aku mengayuh papan selaju aku. Lembu mana yang tak bosan jika bermain skate buat trick flatland sahaja? Tambah- tambah aku jenis budak - budak hingusan yang menjadikan Joe Ipoh sebagai idola aku masa tu. Nothing fun for the first month. Usha awek? Cilake, awek mana suka rambut curly macam aku, tambahan lagi aku duduk di felda. Tak market langsung. Bila cikgu tanya dalam kelas : "awak asal dari mana?"
"Kota Tinggi, cikgu." aku tak langsung spesifikkan Kota Tinggi belah mana. Malu lah bro orang tahu lu dari felda, depa semua dari bandar. Bila sekarang aku pikirkan, WTF!! Aku malu dengan tempat asal aku? 

Nothing interesting for the first month dalam asrama.Nothing. Sampailah budak second intake form one masuk.

Tuesday, April 12, 2011

ini bukan main-main. ini betul betul

schizo kah aku? depressed kah aku? moron kah aku? seriously, i am fucked up.
am i seeking your attention? kalau betul, is it a burden for you?
orang sains mengatakan pergerakan tubuh dijana oleh minda.
jika minda serupa lembu, maka perlakuan tidak ubah seperti lembu. then macam mana dengan aku?
minda dan hati serta emosi bergerak seiring. correct me if i am wrong. its synchronize.
sejak lepas lepas aku berazam to cope with my studies, which turns to kepala bana lately.
but.but. kalau emotionally i am like a fucking moron, fucking losers. how ??
b, i am seeking your attention, sikit je. i dont blame you for apa yang dah jadi dekat aku. its not your fault either.
i am too soft, selembut kain kapan. i am too sensitive tentang apa semua yang berlaku. and i am just 19years old boy with a big heart and child-minded. 
too soft to be handle. and i am do not understand a thing even i have to.
full of perasangka.