Sunday, April 17, 2011

Sang Algojo #1

Dalam kepala otak aku ada tiga parts yang untuk perempuan@ female@hawa.whatever orang panggil golongan ni. pertama, mak aku.seconly is awek aku, thirdly perempuan kategori artis, recently is lisa surihani.
Cinta pertama aku masa aku sekolah rendah, azlin. ahh, shit. Itu bukan cinta, itu hanyalah perasaan budak baru nak naik, budak yang baru nak dipotong lebihan kulit di alat genitalnya. Cinta yang melibatkan seluruh sistem badan aku masa aku dihumban ke dalam sekolah berasrama. -INA-

Tiada apa yang seronok bila budak kampung macam aku, yang hari- hari bermain dengan paya, berlumuran dengan ikan, bermain guli instead of internet masuk ke sekolah asrama. Di sekolah asrama takde semua tu. Dan skateboard. Aku dapat rasakan bahawa satu- satunya benda yang menghalang aku dari menjadi the next Ali Boulala is boarding school. Di asrama aku tiada rail, atau paling taik sekalipun secebis funbox. Di asrama aku boleh kira berapa kali aku mengayuh papan selaju aku. Lembu mana yang tak bosan jika bermain skate buat trick flatland sahaja? Tambah- tambah aku jenis budak - budak hingusan yang menjadikan Joe Ipoh sebagai idola aku masa tu. Nothing fun for the first month. Usha awek? Cilake, awek mana suka rambut curly macam aku, tambahan lagi aku duduk di felda. Tak market langsung. Bila cikgu tanya dalam kelas : "awak asal dari mana?"
"Kota Tinggi, cikgu." aku tak langsung spesifikkan Kota Tinggi belah mana. Malu lah bro orang tahu lu dari felda, depa semua dari bandar. Bila sekarang aku pikirkan, WTF!! Aku malu dengan tempat asal aku? 

Nothing interesting for the first month dalam asrama.Nothing. Sampailah budak second intake form one masuk.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ahah kelaka seh kau punya post

    takde pon nak komen ahah
    cpat la cite kisah cintan tun kau dengan kak ina tuu whaahah

    ReplyDelete