Wednesday, May 11, 2011

Takut


   Masa aku kecik, filem seram yang pertama kali aku tengok ialah Sundel Bolong. Jiran aku pasang masa malam kenduri kahwin anak daranya. Aku tengok siap tutup mata. Masa nak balik rumah, aku buat muka cool tapi masih teringat badan yang berbolong dalam filem tu. Masa aku kecik juga, aku pernah mimpi kepala tanpa badan terapung dekat awan, punyalah besar kepala tu, sampai sekarang aku ingat. Dulu, masa aku kecik, aku  lagi takut Sundal Bolong dari rasuah.

Tuesday, May 10, 2011

Klausa

"siapa makan julap, dialah kerap ke jamban"
Lebih berkesinambungan dengan aku sebab jika aku makan cili, aku buat muka rilek. Manakala kawan aku buat muka tak tahan pedas sambil menjelir lidah, minta dibubuh ais batu ke dalam mulutnya andai kata dia tergigit cili padi sewaktu menjemah laksa sepinggan yang dikongsi enam orang hasil pemberian belas ihsan oleh jiran depan rumah sewa aku.

Monday, May 9, 2011

Yang aku mahu

Aku mahu gembira. Aku tidak mahu bersedih lagi. Aku tidak mahu berfikiran yang bukan -bukan. Aku mahu memndu honda integra. Aku mahu keluarga bahagia yang hidupnya serba sederhana. Aku mahu sihat ketika aku mati. Tiada obesiti, darah tinggi serta kencing manis. Aku mahu semua makhluk tidak lapar sepanjang hari.

Tuesday, May 3, 2011

Azam

     Akan dianggap membuang tar-biat jika meraban mengenai azam diwaktu masihi hampir separuh tahun. Membuat azam adalah satu tar-biat manusia. Tar-biat yang dilafazkan tidak kira ketika guru kelas 3 Gigih tanya, ketika mengems kini status di laman sosial, walhal ketika mengikat tuala untuk ke tandas. Tar-biat yang cliche pada awal tahun baru. Walhal azam yang lapan belas tahun dulu belum siap lagi. Menurunkan berat badan, mendapatkan bini nombor dua, mendapatkan gaji tinggi, mencari awek baru seiras Miera Liyana, ingin sampai awal ke tempat kerja, bla bla, you name it. Berapa banyak azam yang dituturkan. Setahun selepas itu, berat badan makin naik, bini nombor satu lari ikut abang jual karpet, gaji tak cukup lalu terpaksa buat ayat kesian mintak duit dengan mak bapak, awek yang berpenis yang dapat instead of Miera Liyana, kena buang kerja sebab datang kerja lapan hari dari 26 hari bekerja sebulan..etc.
      
     Azam hanyalah tar-biat jika berazam menurunkan berat badan, besoknya makan Mcdonalds tiga kali sehari . Azam hanyalah tar-biat jika bini seorang tak pandai jaga tapi ingin berbini dua. Azam hanyalah tar-biat jika gajinya RM 2000 , tapi setiap kali minum petang wajib di Starbucks.  Azam hanyalah tar-biat jika hanya berdoa boleh memiliki rakan sekelas walhal say "hi" pun tidak pernah sekali habuk. Azam hanyalah tar-biat jika dua ratus kali berulang ke klinik untuk membeli sijil cuti sakit. 

     Dan azam itu tidak lebih dari ritual manusia yang kebiasannya dilafazkan pada awal sesuatu tahun. Tidak kira tahun arnab, masihi, hijrah ,etc jika satu habuk usaha pun tak dipraktikkan. Dan masa pun berlalu, bunga api pun dipercikkan di ambang tahun baru. Dan ketika itu, umat manusia akan kembali berazam untuk menurunkan berat badan, mendapatkan bini nombor dua, mendapatkan gaji tinggi, mencari awek baru seiras Miera Liyana, ingin sampai awal ke tempat kerja, bla bla, you name it. Cliche.