Tuesday, May 3, 2011

Azam

     Akan dianggap membuang tar-biat jika meraban mengenai azam diwaktu masihi hampir separuh tahun. Membuat azam adalah satu tar-biat manusia. Tar-biat yang dilafazkan tidak kira ketika guru kelas 3 Gigih tanya, ketika mengems kini status di laman sosial, walhal ketika mengikat tuala untuk ke tandas. Tar-biat yang cliche pada awal tahun baru. Walhal azam yang lapan belas tahun dulu belum siap lagi. Menurunkan berat badan, mendapatkan bini nombor dua, mendapatkan gaji tinggi, mencari awek baru seiras Miera Liyana, ingin sampai awal ke tempat kerja, bla bla, you name it. Berapa banyak azam yang dituturkan. Setahun selepas itu, berat badan makin naik, bini nombor satu lari ikut abang jual karpet, gaji tak cukup lalu terpaksa buat ayat kesian mintak duit dengan mak bapak, awek yang berpenis yang dapat instead of Miera Liyana, kena buang kerja sebab datang kerja lapan hari dari 26 hari bekerja sebulan..etc.
      
     Azam hanyalah tar-biat jika berazam menurunkan berat badan, besoknya makan Mcdonalds tiga kali sehari . Azam hanyalah tar-biat jika bini seorang tak pandai jaga tapi ingin berbini dua. Azam hanyalah tar-biat jika gajinya RM 2000 , tapi setiap kali minum petang wajib di Starbucks.  Azam hanyalah tar-biat jika hanya berdoa boleh memiliki rakan sekelas walhal say "hi" pun tidak pernah sekali habuk. Azam hanyalah tar-biat jika dua ratus kali berulang ke klinik untuk membeli sijil cuti sakit. 

     Dan azam itu tidak lebih dari ritual manusia yang kebiasannya dilafazkan pada awal sesuatu tahun. Tidak kira tahun arnab, masihi, hijrah ,etc jika satu habuk usaha pun tak dipraktikkan. Dan masa pun berlalu, bunga api pun dipercikkan di ambang tahun baru. Dan ketika itu, umat manusia akan kembali berazam untuk menurunkan berat badan, mendapatkan bini nombor dua, mendapatkan gaji tinggi, mencari awek baru seiras Miera Liyana, ingin sampai awal ke tempat kerja, bla bla, you name it. Cliche.

No comments:

Post a Comment