Ketika entri ini ditulis, aku usai selesai menonton geografi nasional. Seperti sedia maklum, rancangan informasi yang prolific ini tidak menggunakan strategi kaki Girls Generation untuk menarik minat penonton. Cukup dengan sinematografi dan keindahan alamnya. Rata –rata yang yang terlibat dalam menyedarkan umat manusia betapa pentingnya penjagaan alam sekitar ni adalah golongan yang tidak berserban, yang tidak ke masjid, yang minum arak, yang negaranya boleh seks bebas.
Mana orang Islam? Mana orang Melayu? Lebih sibuk menangkap orang khalwat? Lebih sibuk mencari DNA babi? Lebih sibuk menonton Melodi?
Aku cuba kaitkan pemeliharaan hidupan liar dan alam sekitar dengan Malaysia dan rakyatnya yang tidak pernah dijajah. Hanya dinaungi oleh British menurut kajian Professor Zainal Keling. Umum mengetahui majoriti rakyat Malaysia ialah beragama Islam. Apa yang aku belajar ada tiga prinsip penjagaan hubungan dalam agama islam. PERTAMA, menjaga hubungan dengan pencipta, iaitu Allah. KEDUA, menjaga hubungan sesame manusia. KETIGA, menjaga hubungan dengan alam sekitar.
Disini umum boleh tengok betapa penting alam ni hinggakan tersenarai dalam TIGA prinsip utama seperti diatas. Matematik mudahnya, manusia ini ialah subset kepada alam ni. Tanpa alam, manusia nak duduk dekat mana? Tanpa alam, nak buat KLCC,KLIA,MIDVALLEY, CITY SQUARE dekat mana? Ditepi bibir? Itu menanam tebu bolehlah! Suatu persoalan, berapa ramai yang menjaga hubungan dengan alam ? aku kadan kadang hairan bilamana Switrzerland , negara yang makan babi, minum arak, amalkan seks luar nikah boleh reti hargai, pulihkan,pelihara alam sekitar dan hidupan sekelilingnya.
Kau , aku boleh tengok dekat surat khabar, kalau tidak empat, tiga laporan pasal DNA babi dalam makanan setiap minggu. Tiap-tiap minggu kalau tidak tiga, dua laporan berbaur kondom,cium dan khalwat dekat surat khabar. Dan setiap minggu juga, Bumiputera terutamanya Melayu akan tidak sabar untuk menonton Melodi.
Setiap minggu juga, air sungai sebelah Pasar Borong Pandan makin keruh dan busuk. Setiap minggu graf yang merekodkan jumlah pokok akan menurun dengan konsisten dan cukup tawadu’ .setiap minggu juga jisim bukit akan berkurangan. Yang bertambah hanya partikel-partikel habuk dekat udara. Oh ye, setiap minggu juga musang, babi, siamang akan hilang tempat mengawan.
Aku tertanya, kenapa laporan DNA babi meriah, tapi tidak usaha menyelamatkan dan menjaga hubungan dengan alam ni dikelas duakan. Aku tertanya macam mana isu Petknode boleh timbul. Bukan ke rakyat Malaysia ni sopan santun macam yang diuar-uarkan? Kenapa?
No comments:
Post a Comment