Sunday, January 29, 2012

Saman "Parking"

Jumaat yang sudah aku meletakkan kenderaan dekat parkir berhadapan dengan restoran Osman di Bandar Baru Uda. Dekat parkir tempat aku meletak kereta, aku tak nampak sebatang papan tanda arahan untuk meletakkan kupon. Walhal dalam laci "dashboard" aku ada puluhan helaian kupon terbabit. Jadi aku yakin untuk tidak meletakkan kupon di atas papan pemuka sebab aku tak nampak sebarang notis. Tak tahulah kalau papan notis ada pada jarak 50meter tempat aku meletak kereta. Tapi gila apa aku nak berjalan 50meter dengan keadaan cuaca yang terik dan keadaan badan sendiri yang kurang sihat.


Jadi dengan keyakinan yang kereta aku akan selamat di parkir tersebut, aku menumpang kawan aku untuk ke Senai. Ya, berkongsi kereta. Dapat menjimatkan bahan api serta mengurangkan "level" mencarut aku kalau tersekat dalam "traffic jam" . Selang beberapa jam, aku balik semula ke Bandar Baru Uda untuk ambil balik kereta. Perkataan pertama masa aku masuk kereta ialah "cilakak" . Surat kompoun "parking" oleh pihak bandaraya. Ini bukan kali pertama aku dapat surat macam itu. Aku pun tak bercadang nak membayar dalam tempoh waktu terdekat. Cuma dari dulu lagi aku tak dapat jumpa di mana rasional kompoun "parking" ini. Kalau abang polis saman sebab langgar lampu isyarat tu aku ada nampak sikit rasionalnya. Sampai sekarang aku belum jumpa jawapan yang aku cari. Cilakak.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

Jumaat

Dah lama aku perasan benda ni.

Setiap kali jumaat manusia akan berlumba tunjuk siapa paling ustaz tak kira di alam nyata mahu pun maya.

Aku "hehehe" je dekat dalam hati.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, January 2, 2012

Pasca 2.011k dan harapan 2.012k

    Aku tak harap banyak untuk tahun 2012 masihi ni. Alangkah baiknya kalau sepanjang 2012 ni ada sikit penurunan dalam statistik kes pembuangan bayi. Tiada isu seperti petknode berulang. Dan masyarakat Malaysia lebih peka tentang isu-isu sejagat ni daripada isu jam Omega, China Doll, isu ludah dan turun bendera serta isu parti mana lebih Islam.

    Tahun berganti tahun, ujian dan dugaan akan makin payah dan melecehkan aku. Bersedia atau tidak , aku tetap kena tempuh tidak kira ketika berseorangan atau tidak. Aku tidak meletakkan sebarang azam, azam itu hanya ritual bagi aku. Mungkin ada yang tidak akan bersetuju. Tapi itu yang aku nampak selama manusia meletakkan azam macam tulis senarai barang yang kena beli bila setiap kali ke pasar, tidak kira pasar tani mahupun pasaraya. Shalom 2.012k!