Sunday, January 29, 2012

Saman "Parking"

Jumaat yang sudah aku meletakkan kenderaan dekat parkir berhadapan dengan restoran Osman di Bandar Baru Uda. Dekat parkir tempat aku meletak kereta, aku tak nampak sebatang papan tanda arahan untuk meletakkan kupon. Walhal dalam laci "dashboard" aku ada puluhan helaian kupon terbabit. Jadi aku yakin untuk tidak meletakkan kupon di atas papan pemuka sebab aku tak nampak sebarang notis. Tak tahulah kalau papan notis ada pada jarak 50meter tempat aku meletak kereta. Tapi gila apa aku nak berjalan 50meter dengan keadaan cuaca yang terik dan keadaan badan sendiri yang kurang sihat.


Jadi dengan keyakinan yang kereta aku akan selamat di parkir tersebut, aku menumpang kawan aku untuk ke Senai. Ya, berkongsi kereta. Dapat menjimatkan bahan api serta mengurangkan "level" mencarut aku kalau tersekat dalam "traffic jam" . Selang beberapa jam, aku balik semula ke Bandar Baru Uda untuk ambil balik kereta. Perkataan pertama masa aku masuk kereta ialah "cilakak" . Surat kompoun "parking" oleh pihak bandaraya. Ini bukan kali pertama aku dapat surat macam itu. Aku pun tak bercadang nak membayar dalam tempoh waktu terdekat. Cuma dari dulu lagi aku tak dapat jumpa di mana rasional kompoun "parking" ini. Kalau abang polis saman sebab langgar lampu isyarat tu aku ada nampak sikit rasionalnya. Sampai sekarang aku belum jumpa jawapan yang aku cari. Cilakak.


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment