Thursday, November 10, 2011

FAIL

Coach Ong Kim Swee made four changes, opting for 19-year-old Mohd Nazmi Faiz and Mohd Irfan Fazail over seasoned campaigners K. Gurusamy and Abdul Shukur Jusoh in the engine room. There was certainly more spark in their offensive play as they attacked with panache.




“I must also say that 17-year-old Mohd Nazmi Faiz did well in midfield and played like a pro. He was taken off with a knock but we hope it is not a bad injury,” said Kim Swee.


laporan asal : http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2011/11/10/seagames/9875297&sec=seagames

Wednesday, November 9, 2011

NASIB BAIK

Dulu hampir-hampir terjebak dengan menantang di atas.
Nasib baik tidak.
Lega rasanya.

Monday, October 17, 2011

Pandai Deme Ni Berniaga

Makin ramai yang akan diserang obesiti. ahh, dulu masa tengah belajar dekat Penang, terdesak terdesak aku pergi fotostat jugak menatang kupon ni.

Thursday, September 29, 2011

Suatu Persoalan


Ketika entri ini ditulis, aku usai selesai menonton geografi nasional. Seperti sedia maklum, rancangan informasi yang prolific ini tidak menggunakan strategi kaki Girls Generation untuk menarik minat penonton. Cukup dengan sinematografi dan keindahan alamnya. Rata –rata yang yang terlibat dalam menyedarkan umat manusia betapa pentingnya penjagaan alam sekitar ni adalah golongan yang tidak berserban, yang tidak ke masjid, yang minum arak, yang negaranya boleh seks bebas.

            Mana orang Islam? Mana orang Melayu? Lebih sibuk menangkap orang khalwat? Lebih sibuk mencari DNA babi? Lebih sibuk menonton Melodi?

            Aku cuba kaitkan pemeliharaan hidupan liar dan alam sekitar dengan Malaysia dan rakyatnya yang tidak pernah dijajah. Hanya dinaungi oleh British menurut kajian Professor Zainal Keling. Umum mengetahui majoriti rakyat Malaysia ialah beragama Islam. Apa yang aku belajar ada tiga prinsip penjagaan hubungan dalam agama islam. PERTAMA, menjaga hubungan dengan pencipta, iaitu Allah. KEDUA, menjaga hubungan sesame manusia. KETIGA, menjaga hubungan dengan alam sekitar.

            Disini umum boleh tengok betapa penting alam ni hinggakan tersenarai dalam TIGA prinsip utama seperti diatas. Matematik mudahnya, manusia ini ialah subset kepada alam ni. Tanpa alam, manusia nak duduk dekat mana? Tanpa alam, nak buat KLCC,KLIA,MIDVALLEY, CITY SQUARE dekat mana? Ditepi bibir? Itu menanam tebu bolehlah!  Suatu persoalan, berapa ramai yang menjaga hubungan dengan alam ? aku kadan kadang hairan bilamana Switrzerland , negara yang makan babi, minum arak, amalkan seks luar nikah boleh reti hargai, pulihkan,pelihara alam sekitar dan hidupan sekelilingnya.

Kau , aku boleh tengok dekat surat khabar, kalau tidak empat, tiga laporan pasal DNA babi dalam makanan setiap minggu. Tiap-tiap minggu kalau tidak tiga, dua laporan berbaur kondom,cium dan khalwat dekat surat khabar. Dan setiap minggu juga, Bumiputera terutamanya Melayu akan tidak sabar untuk menonton Melodi.

            Setiap minggu juga, air sungai sebelah Pasar Borong Pandan makin keruh dan busuk. Setiap minggu graf yang merekodkan jumlah pokok akan menurun dengan konsisten dan cukup tawadu’ .setiap minggu juga jisim bukit akan berkurangan. Yang bertambah hanya partikel-partikel habuk dekat udara. Oh ye, setiap minggu juga musang, babi, siamang akan hilang tempat mengawan.

            Aku tertanya, kenapa laporan DNA babi meriah, tapi tidak usaha menyelamatkan dan menjaga hubungan dengan alam ni dikelas duakan. Aku tertanya macam mana isu Petknode boleh timbul. Bukan ke rakyat Malaysia ni sopan santun macam yang diuar-uarkan? Kenapa? 

Sunday, July 3, 2011

belasungkawa

Sighh. Benda ni sangat susah bagi aku. Susah aku nak menulis benda ni. Tujuan aku menulis benda ni pun aku tak pasti. Ya, aku masih lagi tak ok. Somehow aku pelik dengan kehidupan aku. Dari kecik aku dah kena terima ujian dan dugaan yang maha besar untuk budak usia 10 tahun. Aku ingat lagi aku kena herdik, kena halau dari kelas sebab aku buat bising dengan member aku. Sedangkan member aku tak kena apa-apa. Semuanya berkait dengan family aku. Aku pelik macam mana ustaz yang ayat al-quran dah jadi makanan dia boleh buat aku macam tu. Sebab benda lain yang tak berkait dengan salah aku, aku kena macam tu. Balik aku jalan kaki sampai rumah , air mata tak berhenti keluar. Ya, aku mudah menangis. Dekat dua tahun, aku kena terima ejekan, cacian dari member dan orang sekeliling. Dekat dua tahun aku senang sangat menangis.

Itu sedekad dah. Aku tetap tak boleh lupa. Dah memang aku jenis yang ingat semua yang berlaku pada aku. Bad or good. Sekarang aku kena terima dugaan, ujian, cubaan , entah apa tah namanya lagi. Haha, funny!
Kau perkara yang terbaik dan terindah yang Tuhan pernah bagi dekat aku. Sekarang tiba-tiba perkara yang terbaik dalam hidup aku kena tarik. Tiba-tiba. Aku masih lagi bingung pikir benda ni. Aku tak tahu dari mana kau dapat kekuatan untuk cakap the five words instead of three words yang kau selalu cakap aku harapkan. Aku tak tahu. Tapi aku tak salahkan kau. Bagi aku, semua yang berlaku bukan salah kau. Kau lemah, kau cepat keliru. Bila kau kena buat pilihan , kau akan tertekan. Itu aku tahu. Aku sangat tahu kau. Aku tak pernah salahkan kau. Kau kena buat pilihan. Pilihan yang terbaik untuk kau. Dan aku tak ada hak sebab itu pilihan kau. Aku tak boleh paksa. Kalau kau pilih untuk tidak bertango lagi dengan aku, apa aku boleh buat? It takes two to tango. Aku tak boleh nak bertango sendirian sedangkan kau nak bersalsa. Itu reality. Memang reality tu sakit bagi aku. Tapi aku kena terima. Kena telan. Aku masih lagi tak percaya. Tapi nak buat macam mana. Aku kena telan. Memang sakit, but i have to. Bayangkan aku kena telan kulit durian gred D24 instead of buah dia yang lemak manis. Aku tak tahu nak buat apa. Dua minggu aku makan tak betul. Aku makan sebab nak jaga hati mak aku yang penat masak. Kalau dulu aku makan nasi dua pinggan sehari. Sekarang segenggam sehari. Kalau dulu aku bayangkan kau nyanyi untuk tidurkan aku, sekarang aku kena tengok Chuck dekat laptop banyak kali supaya aku tertidur depan laptop even  aku dah khatam banyak kali. Aku susah sangat nak tidur sebab otak aku masih pikir benda ni. Bila aku terbangun, benda ni terus dalam otak aku. Macam dah diset. Bila aku bukak mata, aku kena terima yang kau dah tak bertango dengan aku, tapi bersalsa dengan orang lain. Ianya memang susah, tapi nak buat macam mana. Aku kena telan benda ni semua.

Somehow aku dapat rasakan ini salah aku. Aku tak ada dekat dengan kau, aku tak dapat bagi sparks pada kau. Aku minta maaf. Aku rasa aku sangat bodoh. Cuba kau bayangkan. Kalau aku ikut cakap kau lepas dapat result spm, daftar dekat tempat belajar yang sama dengan kau. Aku akan dekat dengan kau. Kalau tak belajar tempat sama pun, belajar dekat area-area tengah instead of Penang negeri nasi kandar. Nanti aku akan dekat dengan kau di eropah sana. Bila aku dekat dengan kau, aku boleh give a spark bila mana kau jemu tengok aku. Aku rasa jauh pun boleh. Tapi aku tak dapat reach kau. Aku hanya sekali dapat talipon kau. Lepas tu memanjang suara operator bahasa yang aku tak faham. Kalaulah aku faham bahasanya, aku dapat reach kau. Salah aku. Aku habiskan top up RM10 untuk dengar suara operator dalam masa sejam. Aku cuba banyak kali. Tapi aku gagal nak hubungi kau.
Kalau aku belikan Blackberry untuk kau sebagai hadiah kau. At least kau dan aku dapat berhubung. Member aku yang suruh aku belikan BB. Tapi aku masa tu dah sengkek sangat. Alah, boleh sangat kalau aku nak beli, duit saving aku ada. Boleh top up duit biasiswa aku. Setakat makan dekat penang ni tak lah mahal mana. Budak rumah sewa aku dulu relax je beli nasi bungkus tapi boleh buat makan siang dengan makan malam.
Kau ingat lagi masa aku marah-marah bila engkau keluar dengan member beli barang berdua?  Aku bukan betul-betul marah. Aku takut. Aku takut kau hilang lagi. Aku percaya kau cakap dia tak lebih dari kawan. Tapi aku still takut. Kau dan dia sangat mesra. Dan bila aku nak menyalak dekat member kau macam lelaki lain selalu buat bila someone try to get closer with his girl, aku piker balik nak buat apa aku buat benda bodoh tu kan? Bila aku cakap aku percaya kau, aku betul-betul percaya kau. Completely. So, there is no need aku nak menyalak dekat dia macam Beckham salahkan bumi bila sepak penalty tak masuk dalam gol. Tapi aku percaya kau. Aku positif, at least ada orang yang tengok-tengok kau bila kau dah dekat eropah. Ah, aku memang selalu jauh dengan kau. Aku tak faham kenapa aku mesti berjauhan dengan kau. Aku minta maaf. Aku berada di ruang dan masa yang salah. Bila mana dia kerap contact kau bila kau keluar dengan aku, aku dah mula tak kesah. Sebab aku percaya kau cakap dia hanya kawan. Kawan yang selalu support kau. Aku tak kesah kau berkawan rapat dengan lelaki sebab itu hidup kau. Aku tak nak kawal kau. Instead aku kawal kau, better aku letak 100 peratus kepercayaan aku dekat kau. Memang itu yang aku buat. Lagipun budak perempuan dekat tempat kau buat foundation tu pun selalu sakitkan hati kau. Selalu buat kau sedih. So aku faham. Dan aku percaya. Dan aku tak nak halang kau berkawan dengan siapa sebab aku kenal kau macam mana. Kau takkan betray aku. Aku ingat lagi kejadian di airport. Dalam 30 minit sebelum kau kena masuk dekat departure hall. Betapa bodohnya aku waktu tu. Kau dah nak pergi pun aku masih nak bermasam muka dan marah sebab mesej tu. Aku harap dia hanya bergurau dengan mesej tu. Kalau betul pun, aku masih nak anggap dia bergurau. Masa tu aku tak tahu aku rasa apa. Marah , geram, cemburu. Aku pun tak tahu. Tapi aku percaya kau. Aku pegang kata-kata kau. Aku akui, aku gagal bagi sparks yang kau harapkan. Aku tahu, without sparks, relationship akan jadi kelam, kelabu asap, lame, you name it. Tapi aku sentiasa percaya. Aku selalu cakap dekat diri sendiri yang kau masih sayangkan aku bila aku tak tentu arah dekat Penang. Dan aku keep saying that three words yang aku selalu bagi dekat kau tu betul-betul. Bukan hanya kalimah stereotype yang selalu orang dalam relation akan sebut. Bagi aku those three words untuk kau tu for no reason. Bukan sebab kau cantik, lawa, caring and what so ever. Kalau sebab cantik, berat badan kau sekarang dah naik nak sama dengan aku. Aku tak ambil pusing. Kau pernah biarkan aku melangut tunggu kau dan aku tak ambil pusing hal tu. For me, true love comes when there is no reason at all.  Entah. Tu bagi aku. Bagi someone loser macam aku. Pandangan aku.

And even you both nampak happy dan mesra dekat sana. Aku keep believe apa yang kau cakap. Aku percaya yang kau hanya kawan dan tak melibatkan perasaan. Tak lebih dari kawan langsung. Dan kau pun cakap, nanti rasa tak best bila kawan jadi bertango bersama. Dan aku percaya. Bila kawan-kawan kau yang lain kenen-kenenkan kau dengan dia even tahu kau dah ada boyfriend, aku masih percaya kau berdua walupun aku cemburu tahap kena lenyek dengan BMW X6.
When ‘us’ become dull. i tried to light up it back. But i failed. Biasalah, loser memang macam ni. I thought being loyal is enough. I was wrong. Semua yang aku buat selama ni, aku Cuma express perasaan aku. Aku tak pernah impress kau. aku ingat tu dah cukup. I should do more. Aku gagal bagi kau spark yang kau harap-harapkan. Walaupun aku cuba, tapi aku tak dapat. Nak buat macam mana. Dah memang loser ditakdirkan begitu , sentiasa hilanag apa yang pernah jadi miliknya. Aku bukan tak cuba. I want to be by your side. But i am not capable to do so. And even aku tracking kau guna alam maya. Pun aku tak dapat. Aku tak faham bahasa operator sana. Kau takkan dapat jumpa ‘spark’ yang kau kata kau cari bilamana ada someone yang buat kau selalu tersenyum selain aku. Jelas dan nyata spark tu tiada. Kau takkan jumpa sebab kukuh untuk terus memandu perodua bila bmw ada di depan mata. Orang Malaysia takkan memilih untuk berkembara dengan perodua yang serba serbi kurang berbanding bmw yang sofistikated malah sentiasa ada di depan mata. Dan tak ada sebab untuk orang menunggu perodua yang serapuh tin sardine bila bmw lebih teguh dan fancy. Bila bmw lebih buatkan hari-hari pemandunya lebih ceria. There is no exact reason for people to put a hope on perodua. Dan bila ciri-ciri bmw dicari di perodua, hamper mustahil untuk dijumpai.
Maafkan aku. Semuanya salah aku. Aku tak boleh nak salahkan kau. Aku tak nak salahkan kau. Aku letakkan puncanya ialah aku. Aku cuba semua. Tapi aku tak boleh kawal perasaan dan keinginan kau. Dia bagi kau sparks and i gave you nothing. Dia sentiasa ada depan mata kau, aku? Keep expressing my stupid feeling. Aku gagal nak buat kau untuk terus simpan those three words untuk aku. Aku tak boleh kawal perasaan. Aku manusia biasa. Entah. Aku masih tak percaya yang benda ni terjadi. Benda yang paling aku takut. Aku tak nak percaya. Tapi aku terpaksa percaya. Kau harap aku faham. Tapi aku tak faham apa-apa. Aku tak boleh nak faham. Tapi aku terpaksa faham. Macam aku cakap tadi. Aku tak nak telan kulit durian. Dan aku tak boleh telan. Tapi jika aku terpaksa telan, aku terpaksalah telan.
Aku berdoa bila lepas sembahyang. Biar hubungan kita ni kekal. Hati masing masing kuat. Tapi nak buat macam mana, doa aku tak sampai. Ah, aku sembahyang pun tak penuh, nak buat macam mana. Bila orang sekeliling aku cakap ada hikmah. Ada hikmah. Aku tak faham . orang-orang ni cakap macam tu sekadar nak memujuk aku or what. Hikmah bila aku selesa pakai jeans aku yang sebelum ni ketat tahap 16. Macam tu ke. Aku masih lagi terkejut bila aku kena terima benda ni. Bila aku dalam kereta, aku tertunggu bila lori balak nak rempuh aku? Bila aku nak terlelap, aku berharap lepas tu aku dah tak perlukan oksigen. Tapi aku terbangun jugak.
Aku pernah berhajat nak bawak kau cuti dekat rumah mak bapak aku. Percutian tebu dan air kelapa yang kedua buat kau. Aku nak buat kau senyum sebab aku. Sebelum ni yang kau senyum bila dengan aku. Aku harap sangat semua tu sebab aku. Aku harap sangat those three words yang kau kalimahkan tu betul. Aku percaya dekat kau. Kalau harapan aku salah pun, at least kepercayaan aku cakap yang benda tu semua betul. Aku tak tahu bila aku nak keluar dari kepompong ni. Aku tak nak keluar pun. Aku tak nak khianati kau. Aku pernah janji dengan kau.

Aku bukan mintak simpati kau dengan tulis benda ni. Kau Nampak gembira dekat sana, which is good. Aku mintak maaf kalau kau rasa aku dah bazirkan masa kau. Aku sangat mintak maaf. Buat apa kau menungggu sesuatu yang tak pasti dan kualiti diragui macam aku sedangkan kau ada kebahagiaan depan mata. Aku tak pernah salahkan kau. Kau percaya dengan aku. Kau ada alasan sendiri. Aku kena faham. Walaupun aku tak faham. Aku masih lagi bingung dengan benda yang menimpa aku. Aku tak pernah sekalipun salahkan kau sebab kau perkara yang terindah yang tuhan pernah bagi dalam hidup aku. Aku cuma tak faham kenapa benda ni berlaku dan macam mana benda ni berlaku. Bila kau ada dalam hidup aku, aku highly motivated. Aku boleh buat benda yang aku rasa aku tak boleh buat. Result aku makin ok. Aku ke kelas dengan motivasi yang tinggi. Aku bangun pagi dengan senyum. Aku menghafal nama ubat sebab masa depan dania. Hahahahahaha. Kehidupan aku lawak.kan?  Aku memang boleh happy buat sementara je ke Tuhan? Aku harap kau tak kan annoyed bila kau baca benda ni.

Dan aku hanya bercakap dengan en. Mohtar. Supervisor department pharmacy tdm tempat aku praktikal, aku hanya bukak mulut untuk bertanya pasal kerja. Aku hanya bukak mulut bila order makanan dekat kafe hospital. Bukak mulut bila nak bayar minyak dengan mapleydekat Shell taman johor jaya. Bukak mulut bila aku menyumpah jalan jem masa balik kerja. Dan aku hanya bukak mulut bila nak sembahyang bila aku dekat rumah sewa. 180 degrees changes. And sometimes bila ada benda yang buat aku tergelak. I stop laughing. I stop smiling. For me, it felt wrong to be happy. It felt wrong to not to think about it. It felt wrong to eat well. It is so hard. 

Wednesday, May 11, 2011

Takut


   Masa aku kecik, filem seram yang pertama kali aku tengok ialah Sundel Bolong. Jiran aku pasang masa malam kenduri kahwin anak daranya. Aku tengok siap tutup mata. Masa nak balik rumah, aku buat muka cool tapi masih teringat badan yang berbolong dalam filem tu. Masa aku kecik juga, aku pernah mimpi kepala tanpa badan terapung dekat awan, punyalah besar kepala tu, sampai sekarang aku ingat. Dulu, masa aku kecik, aku  lagi takut Sundal Bolong dari rasuah.

Tuesday, May 10, 2011

Klausa

"siapa makan julap, dialah kerap ke jamban"
Lebih berkesinambungan dengan aku sebab jika aku makan cili, aku buat muka rilek. Manakala kawan aku buat muka tak tahan pedas sambil menjelir lidah, minta dibubuh ais batu ke dalam mulutnya andai kata dia tergigit cili padi sewaktu menjemah laksa sepinggan yang dikongsi enam orang hasil pemberian belas ihsan oleh jiran depan rumah sewa aku.

Monday, May 9, 2011

Yang aku mahu

Aku mahu gembira. Aku tidak mahu bersedih lagi. Aku tidak mahu berfikiran yang bukan -bukan. Aku mahu memndu honda integra. Aku mahu keluarga bahagia yang hidupnya serba sederhana. Aku mahu sihat ketika aku mati. Tiada obesiti, darah tinggi serta kencing manis. Aku mahu semua makhluk tidak lapar sepanjang hari.

Tuesday, May 3, 2011

Azam

     Akan dianggap membuang tar-biat jika meraban mengenai azam diwaktu masihi hampir separuh tahun. Membuat azam adalah satu tar-biat manusia. Tar-biat yang dilafazkan tidak kira ketika guru kelas 3 Gigih tanya, ketika mengems kini status di laman sosial, walhal ketika mengikat tuala untuk ke tandas. Tar-biat yang cliche pada awal tahun baru. Walhal azam yang lapan belas tahun dulu belum siap lagi. Menurunkan berat badan, mendapatkan bini nombor dua, mendapatkan gaji tinggi, mencari awek baru seiras Miera Liyana, ingin sampai awal ke tempat kerja, bla bla, you name it. Berapa banyak azam yang dituturkan. Setahun selepas itu, berat badan makin naik, bini nombor satu lari ikut abang jual karpet, gaji tak cukup lalu terpaksa buat ayat kesian mintak duit dengan mak bapak, awek yang berpenis yang dapat instead of Miera Liyana, kena buang kerja sebab datang kerja lapan hari dari 26 hari bekerja sebulan..etc.
      
     Azam hanyalah tar-biat jika berazam menurunkan berat badan, besoknya makan Mcdonalds tiga kali sehari . Azam hanyalah tar-biat jika bini seorang tak pandai jaga tapi ingin berbini dua. Azam hanyalah tar-biat jika gajinya RM 2000 , tapi setiap kali minum petang wajib di Starbucks.  Azam hanyalah tar-biat jika hanya berdoa boleh memiliki rakan sekelas walhal say "hi" pun tidak pernah sekali habuk. Azam hanyalah tar-biat jika dua ratus kali berulang ke klinik untuk membeli sijil cuti sakit. 

     Dan azam itu tidak lebih dari ritual manusia yang kebiasannya dilafazkan pada awal sesuatu tahun. Tidak kira tahun arnab, masihi, hijrah ,etc jika satu habuk usaha pun tak dipraktikkan. Dan masa pun berlalu, bunga api pun dipercikkan di ambang tahun baru. Dan ketika itu, umat manusia akan kembali berazam untuk menurunkan berat badan, mendapatkan bini nombor dua, mendapatkan gaji tinggi, mencari awek baru seiras Miera Liyana, ingin sampai awal ke tempat kerja, bla bla, you name it. Cliche.

Thursday, April 28, 2011

one and only


awak mungkin jenis perempuan yg boleh menyintai ramai lelaki berkali-kali,tapi saya pula seorang lelaki yg percaya bahawa dalam hidup saya cuma ada satu cinta,satu wanita dan satu perkahwinan...


     Status member aku 8 jam yang lalu masa aku meraban dekat alam maya ni. I am strongly agree with him. Dalam aku hidup dalam dunia yang kadang-kadang sangat indah dan kadang kadang cilake. Kadang-kadang. Sejak dari aku diberanak, disunatkan dan dimomokkan dengan email satu malaysia, aku hanya menyintai seorang wanita. Bila aku pikir balik, tak trendy betul. Ini zaman facebook, zaman twitter. Kenalah tukar-tukar awek. Kepala bana. Somehow aku rasa cinta ini sucks. Nak bercinta kau kena ada disiplin, kau kena ada komitmen, kau kena ada tanggungjawab, kau kena pandai jaga hati pasangan kau, kau tak boleh main ikut sedap kau. Kadang kadang kau akan gembira, kadang kadang kau akan rasa sangat cilake dan mahu pacuan empat roda datang melenyek kau sampai mati. Member aku yang update status di atas telah didump oleh aweknya dekat setahun. Dia orang average , awek dia orang kaya. Awek dia busted bersenggama dengan lelaki lain. For me, itu benar-benar cilake. Bila kau kali pertama letakkan wanita sebagai nombor satu dalam hati kau, then it end up like that. Itu cilake. Kali ini cilake. Member aku tulis macam-macam status mengarut dekat facebook, dan aku rasa itu untuk tarik perhatian bekas awek dia yang bersenggama dengan jantan lain. Status yang ditulis untuk menunjukkan bertapa seksa, sengsara dan how fucked he was. Ianya memang menjengkelkan, tapi aku rasa dia tiada pilihan. Dan aku rasa jika aku adalah dia, aku pun jadi begitu malah aku akan figure out how i can diminish myself. The fact is some of us are meant to suffer. Dalam keadaan member aku, walau dia sumbat peluru dalam hemisfera otak kanan sekalipun, keadaan tak akan jadi macam dulu.Walaupun dia nak buat bekas awek dia rasa bersalah ggila babi sampai bertukar menjadi lembu tiada kaki, ianya tak akan jadi.  Bulan pertama, yes mungkin awek member aku akan  rasa bersalah. Bulan kedua mungkin dia akan rasa bersalah. Tapi bila masa berlalu dan berlalu, then awek dia recover then peluru yang disumbat dalam hemisfera otak member aku tadi tak ada makna. The time passed by dan aku dengar tak lama lagi bekas awek dia nak bertunang dengan pasangan senggamanya. Member aku ok lagi dan seperti biasa macam tiada apa apa masalah, jauh dalam hati dia macam aku cakap- penuh dengan kecilakean. Dia sangat setia. Bila aku baca status member aku, macam aku bercakap depan cermin. reflect. When it comes to love, I handle it seriously. Yeah, aku meletakkan perempuan yang aku sayang tempat nombor satu dalam hati aku. Bila kau letakkan cinta adalah segala-galanya dalam hidup kau, dan bila mana perhubungan itu gagal, satu dunia ni macam menghempap dada kau. Which means, sangat bahaya. Aku rasa itu yang buatkan aku macam mahu duduk tengah jalan dan dilanggar lori tayar 16 sampai aku mati bila aku ada masalah yang sebesar Ultraman dalam bercinta. Hey, Who cares? Thats me. Aku tak ada spotrim Advan original, aku tak ada 16k yang boleh buat perempuan yang aku cinta,sayang,payung, sentiasa tersenyum dan bahagia. Aku tak ada tiket penerbangan pergi balik ke paris. Aku tak ada rambut macam artis-artis korea yang awek aku minat. The only thing i got is LOYALTY. Itu yang aku ada. Itu sahaja. Dan merujuk situasi member aku, aku meletakkan permpuan yang aku sayang sebagai nombor satu, dan jikalau kali ini hubungan ini gagal, aku tak tahu apa akan jadi dengan aku. Member aku hanya mencari sedikit perhatian bekas aweknya. Dan statusnya bagaikan cermin dekat depan aku.

"there is a difference between sacrifice and committing suicide. you are martyr if your death is meaningful for your love and you are committing suicide you die for someone that never love you at all"

Fitrah

Lelaki sejati adalah lelaki setia.

Tuesday, April 26, 2011

"Maaf"

      Minggu dulu  aku jalan kaki nak pergi rumah member aku. Dalam perjalanan aku kesana, aku beli keropok lekor dengan pisang goreng sama air limau asam boi bungkus. Aku beli keropok lekor rm2 dengan pisang goreng rm2.Air limau asam boi aku order yang ikat semua punya, jadi tak boleh minum sambil jalan. Aku lalu dekat playground, ada budak budak kecik bilis tengah main jongkat jongkit. Diorang memecut satu lapan dekat aku, pow aku punya keropok. Aku steady lagi, aku bagi sorang satu. Aku masuk kawasan diorang, kena buat baik beb. 2 hari lepas aku beli keropok lagi. Kali ni aku tak beli pisang goreng. Aku beli keropok rm2. Kali ni aku beli guna syiling. lama juga aku korek korek itu syiling. Aku tak makan sambil jalan, bila nak sampai dekat playground, hati aku dah dup dap dup dap. Nervous, aku intai jonkat jongkit dekat situ, ada budak, damn dalam hatiku. Aku mula panik, langkah aku kemaskan, aku pasan kuda kuda.Bersiap nak pecut macam bawak integra naik jalan genting. Diorang ada teriak pangil "abang". Banyak kali jugak lah. Celaka, pasal apa aku yang seriau ni? Aku buat buat tuli, aku naik tangga, sampai tingkat empat, aku henjut keropok tu sambil tengok orang main takraw. Aku tengok balik budak-budak tu. Aku senyum sinis. Tapi dahi aku berpeluh. Kalau "maaf baki anda tidak mencukupi untuk proses pengeluaran " tak terpamer di skrin ATM bank Islam tu, aku bagi  keropok sebatang dekat diorang. Kongsi-kongsi sebatang lah tapi.

Saturday, April 23, 2011

kah kah kah

Masa aku darjah enam tahun 2003 dulu, aku pergi sekolah kena bawak baju t-shirt rumah panglima setiap hari selasa. Dulu aku main bola kerumun-kerumun tak payah warm-up. Lepas main bola cikgu suruh tukar baju dalam setor. Macam setan peluh-peluh pakai baju sekolah, main ngintai ngintai member member, tak payah nak mandi mandi, main redah je pakai baju sekolah. Masuk kelas terus belajar, macam cilake main kira kira dengan cikgu Sehat badan berpeluh-peluh.Dulu pukul 9.30 je aku dah cuak. Takut nasi lemak habis dekat kantin Cik Intan. Dulu aku bedal semua makanan dekat kantin, balik aku makan lapan belas pinggan nasik mak aku masak, petang sekolah agama aku makan keropok lekor selalu.Pergi nail beskal, kalau ada abang aku, aku suruh mak aku paksa abang aku hantar. Balik jalan kaki. Dulu kantin boleh jual jajan, nasi lemak dengan lontong. Aku tak obesiti sampai sekarang. Member aku budak terengganu makan macam orang masuk hantu, keding tak obesiti macam Rahman Junaidi-budak darjah enam tahun 2011. Siapa suruh cikgu besar kau ganti matapelajaran peluh-peluh dengan buat latihan matematik. Dah tak dapat merasa nasi lemak masa rehat.  Kah Kah Kah.

Sunday, April 17, 2011

Sang Algojo #1

Dalam kepala otak aku ada tiga parts yang untuk perempuan@ female@hawa.whatever orang panggil golongan ni. pertama, mak aku.seconly is awek aku, thirdly perempuan kategori artis, recently is lisa surihani.
Cinta pertama aku masa aku sekolah rendah, azlin. ahh, shit. Itu bukan cinta, itu hanyalah perasaan budak baru nak naik, budak yang baru nak dipotong lebihan kulit di alat genitalnya. Cinta yang melibatkan seluruh sistem badan aku masa aku dihumban ke dalam sekolah berasrama. -INA-

Tiada apa yang seronok bila budak kampung macam aku, yang hari- hari bermain dengan paya, berlumuran dengan ikan, bermain guli instead of internet masuk ke sekolah asrama. Di sekolah asrama takde semua tu. Dan skateboard. Aku dapat rasakan bahawa satu- satunya benda yang menghalang aku dari menjadi the next Ali Boulala is boarding school. Di asrama aku tiada rail, atau paling taik sekalipun secebis funbox. Di asrama aku boleh kira berapa kali aku mengayuh papan selaju aku. Lembu mana yang tak bosan jika bermain skate buat trick flatland sahaja? Tambah- tambah aku jenis budak - budak hingusan yang menjadikan Joe Ipoh sebagai idola aku masa tu. Nothing fun for the first month. Usha awek? Cilake, awek mana suka rambut curly macam aku, tambahan lagi aku duduk di felda. Tak market langsung. Bila cikgu tanya dalam kelas : "awak asal dari mana?"
"Kota Tinggi, cikgu." aku tak langsung spesifikkan Kota Tinggi belah mana. Malu lah bro orang tahu lu dari felda, depa semua dari bandar. Bila sekarang aku pikirkan, WTF!! Aku malu dengan tempat asal aku? 

Nothing interesting for the first month dalam asrama.Nothing. Sampailah budak second intake form one masuk.

Tuesday, April 12, 2011

ini bukan main-main. ini betul betul

schizo kah aku? depressed kah aku? moron kah aku? seriously, i am fucked up.
am i seeking your attention? kalau betul, is it a burden for you?
orang sains mengatakan pergerakan tubuh dijana oleh minda.
jika minda serupa lembu, maka perlakuan tidak ubah seperti lembu. then macam mana dengan aku?
minda dan hati serta emosi bergerak seiring. correct me if i am wrong. its synchronize.
sejak lepas lepas aku berazam to cope with my studies, which turns to kepala bana lately.
but.but. kalau emotionally i am like a fucking moron, fucking losers. how ??
b, i am seeking your attention, sikit je. i dont blame you for apa yang dah jadi dekat aku. its not your fault either.
i am too soft, selembut kain kapan. i am too sensitive tentang apa semua yang berlaku. and i am just 19years old boy with a big heart and child-minded. 
too soft to be handle. and i am do not understand a thing even i have to.
full of perasangka.

Sunday, March 6, 2011

Thursday, February 17, 2011

gua bengang!!!

belaja memang nak jawab test je gua..markah test tinggi orang cakap pandai.pandai nanti boleh dapat gaji besar.awek-awek suka.kalau markah sikit nanti bodoh.belajar tinggi orang cakap pandai.siapa bikin formula ni pun gua tak faham.nak je gua jorankan.ambik joran bubuh umpan lagi hilang stress.maria ozawa dah bosan dah.
jangan lama sangat brader.lutut longgar saya x nak bertanggungjawab..
jimat belanja dapur bangggggg


Sunday, February 13, 2011

strawberri celup tepung

cameron highland sejuk giloss..membe gua berak kelua tahi batu..
(patut la asyik berak cair je kat penang)

kat cameron highland x de pulak murtabak strwberri ekk.gua rasa penduduk sana kena multiracialtkan  penyediaan strawberri..kena kreatif..sedangkan kondom ada perisa strawberry.x kan xde strawberry asam pedas..apa kejadah.
bangang

Saturday, January 8, 2011

gua dah tau..gua hebat

damn..selama ni memang gua bosan tahap binatang terputus saraf neuron dan postganglionicnye..dan gua dah tau  cara nak mengdustbinkan ke alam barzakh tahap bosan ni..gua rasa gua kene jadi macam pelajar ipta lain...berpeleseran kat jj..tengok wayang..makan baskin robin dengan budak perempuan yang menjolok mata..balik pukul 3 pagii, habiskan duit seratus sehari..ramai beb hua tengok yang macam tu..muka diorang xbosan pon.haha..jahanam, macam tu ke? ahhh.. x rare..tidur sepanjang hari dan maria miyabi ozawa baru rare!!

OKU

TErhincut2 gua balik main futsal malam tadi..kalau ada lisa surihani.gua jalan tegak mendada..baru rasa diri gua handsome..babun.main futsal sampai pukul 5.gila apa..sakit gua..gua da sangap futsal..xbole nak buat apa lah.x kan nak intai awek rumah sebelah..gila ke apa..maria ozawa kan ke ada..kalau seumur hidup gua terhincut2 macam ni..free2 gua dapat parking khas kat carefour seberang jaya bila nak usha boxer spongebob nanti..bila gua pikir2 balik.gila!!

Friday, January 7, 2011

bosan macam lembu

damn~
x ubah seperti lembu hidup gua ni..apa lagi hidup housemate gua yang lain..tidor, makan, pegi kelas..ulang banyak kali sampai mabuk.nasib baik gua makan nasik..kalau makan rumput..x ke lembu gua jadinye.