Hoi.
Lama tak masuk sini, jangan-jangan jin dah beranak pinak.
Friday, December 28, 2012
Sergah
Friday, April 13, 2012
.....
15th April 1989- hillsborough tragedy in memory.
Justice for the 96.
ŸNWA
Friday, April 6, 2012
Dendam Cerekerama Melayu dan Kompoun Parking
Lama aku perhatikan, banyak cerekerama- cerekerama melayu di televisyen ada menyelitkan unsur dendam dalam masyarakat. Baik berdendam sebab tak dapat tender yang harganya puluhan juta membawa ke dendam sebab perempuan yang dipaksa untuk dijadikan isteri dah ada kekasih yabg berbasikal fixie. Bila la cerita dendam sebab kompoun parking nak dijadikan tema cerekarama tak pula aku tahu. Kalau ada, memang aku sokong 100 peratus.
Wednesday, February 29, 2012
Puisi Lembu
Laughing all he can all he wants
To keep tears from falling down
He is the man living in the past
Wishing to rewind the tape
To kill all thoughts that revolves
Cursing the fate,
Cursing the coldness
Cursing his libido
Cursing others
Because thats all he can do
Giving up
Giving in
Cursing the time
Because he, the man that living in the past
Selling a soul for an auction
Crying with the sound of laugh
Because he, the man that living in the past
Thursday, February 16, 2012
Tajuk Mancis
Boleh tahan senggama juga kawan aku punya jenama mancis ni. Aku syak kalau budak-budak main mancis ni, peluang untuk kejadian rumah terbakar yang kita selalu dengar mungkin berkurang.
Monday, February 13, 2012
14 Februari dan signifikasi kepada aku
Hari ni adalah hari kemenangan buat aku sebab berjaya menghantar kerja yang aku tangguh selama beberapa hari tanpa sekelumit perasaan bersalah. Semangat 14/2 barangkali.
Argh sudah. Sudah pukul satu petang. Tiba masa untuk sambung banting tulang. Harapnya kerja aku kejap lagi dipenuhi kasih sayang.
Thursday, February 9, 2012
Susur galur papan selaju Simpang Waha #2
Wednesday, February 8, 2012
Susur galur papan selaju Simpang Waha #1
Sunday, January 29, 2012
Saman "Parking"
Jumaat yang sudah aku meletakkan kenderaan dekat parkir berhadapan dengan restoran Osman di Bandar Baru Uda. Dekat parkir tempat aku meletak kereta, aku tak nampak sebatang papan tanda arahan untuk meletakkan kupon. Walhal dalam laci "dashboard" aku ada puluhan helaian kupon terbabit. Jadi aku yakin untuk tidak meletakkan kupon di atas papan pemuka sebab aku tak nampak sebarang notis. Tak tahulah kalau papan notis ada pada jarak 50meter tempat aku meletak kereta. Tapi gila apa aku nak berjalan 50meter dengan keadaan cuaca yang terik dan keadaan badan sendiri yang kurang sihat.
Jadi dengan keyakinan yang kereta aku akan selamat di parkir tersebut, aku menumpang kawan aku untuk ke Senai. Ya, berkongsi kereta. Dapat menjimatkan bahan api serta mengurangkan "level" mencarut aku kalau tersekat dalam "traffic jam" . Selang beberapa jam, aku balik semula ke Bandar Baru Uda untuk ambil balik kereta. Perkataan pertama masa aku masuk kereta ialah "cilakak" . Surat kompoun "parking" oleh pihak bandaraya. Ini bukan kali pertama aku dapat surat macam itu. Aku pun tak bercadang nak membayar dalam tempoh waktu terdekat. Cuma dari dulu lagi aku tak dapat jumpa di mana rasional kompoun "parking" ini. Kalau abang polis saman sebab langgar lampu isyarat tu aku ada nampak sikit rasionalnya. Sampai sekarang aku belum jumpa jawapan yang aku cari. Cilakak.
Thursday, January 19, 2012
Jumaat
Dah lama aku perasan benda ni.
Setiap kali jumaat manusia akan berlumba tunjuk siapa paling ustaz tak kira di alam nyata mahu pun maya.
Aku "hehehe" je dekat dalam hati.
Monday, January 2, 2012
Pasca 2.011k dan harapan 2.012k
Tahun berganti tahun, ujian dan dugaan akan makin payah dan melecehkan aku. Bersedia atau tidak , aku tetap kena tempuh tidak kira ketika berseorangan atau tidak. Aku tidak meletakkan sebarang azam, azam itu hanya ritual bagi aku. Mungkin ada yang tidak akan bersetuju. Tapi itu yang aku nampak selama manusia meletakkan azam macam tulis senarai barang yang kena beli bila setiap kali ke pasar, tidak kira pasar tani mahupun pasaraya. Shalom 2.012k!